alahai.. alhamdulillah.. dah disettlekan most of the payment, dah bayar ke abg halim.. kire dah bleh kawen lah.. :)
anyway, i am a little bit upset with some of the relatives... main main plak with the jemputan kahwen nih.. two of my mom cousins.. (which i have to admit.. we seldomly seen them in any occasion).. are not replying to the sms.. not picking up the phone.. altho we personally went to invite them.. (nak merajuk ke bende pun i dunt understand.. but for me its rude)
i do think it is quite rude, considering it is a wedding event..
kire macam admire ustad kassim ayah bob... cara dia treat jemputan kawen mmg i respect sgt sgt.. kekekkeke hormat pada tuan rumah yang menjemput
mmglah sedih.. besar harapan org yang menjemput nih.. bukan main main.. but i dunt understand y! y! ahaks.. neway... takpelah.. ramai lagi yang dtg... it is very upsetting sebab ingatkan boleh lah nak sambung balik perhubungan.. jumpa sedara2 lama...
kalau kitorg kaya.. mmg dah buat kat padang bola.. tapi disebabkan.. org biasa... tapi kami juga nak mengeksesais hak kami sebagai raja sehari tu have the memorable day as we wish...
nasib baik 2 org tu jer yang bermasalah... hopefully belah baby takde lah masalah macam ni... hiks hiks... alhamdulillah majoriti faham yang majlis kat dewan tuh adalah sebenarnyer untuk kami berdua.. and they all sanggup bekerjasama untuk hadir mengikut permintaan... thanks you guys...
ADAB MENGUNDANG DAN MENERIMA UNDANGAN
niat menjemput pula hendaklah semata-mata untuk merapatkan hubungan silaturahim, bukan untuk lain-lainnya seperti hendak berbangga-bangga dan bermegah-megah, dan hendaklah jangan mengundang orang yang memang sukar untuk menerima undangan, begitu juga orang yang diketahui kehadirannya akan merosakkan dan menghuruharakan majlis yang diadakan.
(*noted: insyallah.. org yang jauh2 kitorg bgtau jer by phone nak buat kenduri kahwen.. kalau bleh dtg dtg.. kalau tak... takpe)
adab bagi orang yang menerima undangan pula ada lima iaitu :
Pertama: Tidak membezakan undangan, baik undangan tersebut datangnya daripada orang kaya ataupun orang miskin, kerana perbuatan itu namanya takabbur yang dilarang dalam Islam.
Kedua: Tidak menolak sesuatu undangan hanya disebabkan alasan jauh.
Ketiga: Tidak menolak sesuatu undangan hanya kerana ia berpuasa, tetapi adalah lebih baik ia menghadirinya. Jika ia hanya berpuasa sunat, ia dibolehkan berbuka dan tetap mendapat pahala jika niatnya berbuka itu untuk menyenangkan hati dan menggembirakan tuan rumah. Tetapi jika ia berpuasa wajib seperti puasa qada, maka tidaklah boleh ia berbuka.
Keempat: Menolak undangan jika diketahui makanan yang dihidangkan dari barang yang subahat dan haram, ataupun di majlis itu diadakan berbagai-bagai� kemungkaran seperti hiburan yang diharamkan oleh syarak, ataupun orang yang� mengundang itu bersifat zalim atau fasik atau suka bermegah dan membesar diri.
Kelima: Janganlah hendaknya menerima undangan itu dengan niat untuk memuaskan kehendak perut, bahkan hendaklah ia memperbaiki niatnya dengan tujuan yang baik seperti mengikut sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, memuliakan tuan rumah, menjaga hati serta perasaan saudaranya dan sebagainya.
Dalam kita menghormati tetamu, setentunya kita tidak akan lupa memberikannya hidangan atau jamuan walaupun secara ala kadar sahaja. Itulah peribahasa yang kita lakukan sebagai penghormatan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :
Dari Abi Hurairah Radhiallahuanhu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Amalan memberikan januan ini juga ada adab-adabnya ialah menyegerakan untuk menikmati hidangan jika jemputan telah ramai dan tetamu yang belum hadir hanya sedikit sedangkan waktu yang telah ditetapkan telah berlalu.
Makanan yang dihidangkan pula hendaklah sekadar mencukupi, jangan sampai membazir, kerana perbuatan sedemikian boleh dikategorikan sebagai riyak, dan jangan pula sampai tidak mencukupi kerana ia merupakan perbuatan kurang sopan, hidangan yang dihidang janganlah diangkat atau dikemas melainkan setelah semua jemputan selesai makan.
Bagi orang yang hadire menerima undangan adalah dilarang memilih tempat duduk seperti duduk di tempat yang ditetapkan oleh tuan rumah untuk orang yang tertentu, tetapi hendaklah merendah diri dan duduk di tempat yang disediakan dengan memberi salam serta bertanya khabar pada orang-orang yang duduk berhampiran dengannya, kerana dengan itu kemesraan boleh terjalin. Jangan duduk terlalu lama sedangkan majlis telah selesai, dan jangan pula bersegera hendak pulang sehingga tuan rumah tergesa-gesa untuk menghidangkan jamuan
No comments:
Post a Comment