Michael Learns To Rock tidak kecewakan peminat
Oleh ABD. AZIZ ITAR
SEBAGAI kumpulan pop rock dari Denmark yang paling berjaya di persada muzik antarabangsa, Michael Learns To Rock (MLTR) jarang mengecewakan para peminat terutamanya sewaktu mereka mengadakan konsert.
MLTR bukan sahaja mempunyai corak muzik yang tersendiri, tetapi mutu persembahan serta sistem bunyi pada konsert mereka menyebabkan para penonton sukar berganjak dari tempat duduk.
Kelebihan MLTR itu dapat disaksikan sewaktu mereka mengadakan konsert Asia Tour Live 2007 di Arena Of Stars, Genting Highlands, Pahang malam Jumaat lalu.
Tiada sebarang masalah teknikal timbul pada konsert tersebut menyebabkan lagu-lagu yang disampaikan oleh MLTR tidak ubah seperti mendengar terus daripada cakera padat album-album mereka.
Pada persembahan itu, kumpulan yang dianggotai oleh Jascha Richter selaku penyanyi dan pemain keyboard, Mikkel Lentz (gitar) dan Kare Wanscher (dram) ini ternyata berjaya memikat hati kira-kira 5,000 peminat setia mereka(hahah including me!).
Ini merupakan konsert kali kedua MLTR di negara ini di mana dua tahun lalu mereka juga pernah mengadakan konsert di tempat yang sama.
Meskipun sudah 20 tahun ditubuhkan tetapi lagu-lagu MLTR tetap menjadi siulan ramai para peminat mereka sehinggalah ke hari ini.
Sebagai contohnya, para penonton pada malam itu menyanyi bersama-sama(me! me!) Jascha sewaktu dia menyampaikan lagu The Actor yang dipetik daripada album pertama mereka berjudul Michael Learns To Rock yang diterbitkan pada 1991.
“Saya mungkin tidak berapa ingat lirik lagu ini (The Actor). Mungkin anda masih ingat sebab lagu ini agak lama,” kata Jascha pada konsert tersebut(i heard it!).
Malah, Jascha juga sempat turun ke bawah pentas untuk berkongsi mikrofon bersama-sama dengan para peminatnya(i saw it! i saw it) sewaktu beliau menyanyikan lagu Sleeping Child hingga mencetuskan jerit pekik para penonton yang lain.
Dekat di hati
Namun, arena yang dipenuhi oleh lebih 50 peratus peminat yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum Cina(erk! the other 50% hehe) dalam lingkungan usia 20(me!) hingga 40 tahun itu berada dalam keadaan terkawal.
MLTR memang dekat di hati para peminat kaum Cina terutamanya di Hong Kong apabila mereka merakamkan semula lagu Mandarin nyanyian Jacky Zhang dari negara itu yang berjudul Take Me To Your Heart pada 2004.
Ditubuhkan di Arhus, Denmark pada 1987, MLTR menampilkan gaya suara Jascha yang tersendiri di mana lontaran vokalnya sahaja sudah cukup untuk para peminat mengenali dirinya.
Selaku pencipta utama lirik dan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album-album MLTR, Jascha juga mampu berdiri dengan alunan vokalnya biarpun hanya diiringi oleh petikan keyboard.
Para peminat bukan sahaja teruja dengan lagu-lagu popular yang dinyanyikan oleh MLTR tetapi mereka juga seakan-akan belum puas biarpun kumpulan itu menamatkan persembahan pada pukul 9.40 malam.(my baby: we want more! we want more! *waving the big yellow hand hahaha)
Ekoran sorakan gemuruh para penonton menyebabkan MLTR muncul semula di pentas dengan menyampaikan tiga buah lagu bonus berjudul Paint My Love, Wild Women dan That’s Why (You Go Away).
MLTR yang mengadakan persembahan selama hampir dua jam tanpa henti pada konsert yang mengenakan harga tiket dari RM40 hingga RM180 itu menyanyikan 25 buah lagu termasuk daripada album terkini mereka berjudul Take Me To Your Heart yang sudahpun berada di pasaran sejak Mac 2004.
MLTR mencipta kejayaan cemerlang apabila lapan album yang mereka terbitkan sejak 1991 berjaya dijual sebanyak 9 juta unit di seluruh dunia.
Sebelum konsert di Arena Of Stars, Genting Highlands, MLTR Asia Tour Live 2007 telah diadakan di Hong Kong pada 30 Jun lalu, 6 dan 7 Julai (Taipei, Taiwan) dan 11 Julai (Singapura).
Selepas Malaysia, MLTR yang popular dengan lagu-lagu bertemakan percintaan itu akan meneruskan siri konsert bergerak mereka itu ke Thailand dan Hong Kong.
1 comment:
MLTR rawks.. hahahahhaha dunno if its appropriate... ngehehhehe but my baby the coolest... hehehee... paling cool bila tepuk2 my back masa i threw up... gilerlah.. tak penah penah mabuk naik genting... demmmm kedai chicken wing wine...!!!!! sure perut i takut termakan mender tuh kot kan baby!!!...
Post a Comment